Monday, 13 October 2014

VITAMIN MENAIKKAN SELERA MAKAN ANAK-ANAK !!!!

Assalamu'alaikum
Salam sejahtera





Anak-anak adalah satu anugerah yang terindah buat kita para ibu bapa. Anak-anak ibarat kain putih yang suci yang perlu kita didik dan jaga. Amanat dari Nya. Jika lakarannya cantik, maka cantik juga lah perjalanan anak-anak kita dan begitu la sebaliknya. Apabila anak-anak jatuh sakit, ibu bapa antara yang paling risau dan takut. Kerana itu anak-anak perlu dilindungi sejak dari awal. 

Salah satu perkara yang buat ibu bapa risau adalah apabila anak-anak kurang berselera makan dan lebih berminat pada makanan fast food atau junk food. Namun tahukah kita para ibu bapa akan kesan buruk pengambilan makanan junk food atau fast food ini? 


Junk food....ialah makanan yang tidak sihat kerana kandungan nutrisinya yang sangat minimum. Juga dikenali Makanan Sampah. Mengandungi zat-zat makanan yang tidak sihat sekiranya di ambil secara berterusan 

Fast food... ialah makanan yang dapat disiapkan dan dihidangkan dengan cepat. Jenis makanan yang kemas, di olah dan disajikan dalam masa singkat dan mudah hanya dalam beberapa minit sahaja. Makanan fast food mendapat perhatian ramai kerana kita mengejar masa, cepat siap, anak-anak berselera makan. Namun tahukah kesannya pada tahap kesihatan anak-anak? 

Keperluan kepada makanan segera begini semakin ketara hari ini kerana masyarakat kini lebih cenderung untuk bergerak cepat setiap masa. Bebanan kerja dan ingin melakukan segala-galanya dengan pantas mendorong sebilangan dari kita menjadikan makanan segera sebagai pilihan. Lagi pun makanan segera begini cukup mudah untuk diperolehi . Kunjungi sahaja mana-mana restoran 'fast food', pesan makanan yang digemari dan tidak sampai lima minit hidangan akan sampai terus ke meja.

Bagi makanan dalam tin atau sejuk beku pula, orang ramai boleh membelinya secara pukal di pasaraya. Jika tiada masa, makanan itu dibuka dan dimakan terus atau dipanaskan sekejap. Dalam masa tidak sampai dua minit, makanan boleh terus dijamah. Berbeza dengan cara biasa yang selalu dilakukan, kita mengambil masa tidak kurang setengah jam untuk mulai menanak nasi, menumbuk sambal, menggoreng ikan dan sebagainya. 

Salah satu sebab mengapa makanan segera kurang baik untuk kesihatan ialah kerana kandungan aditifnya yang berlebihan. Aditif adalah bahan kimia yang dicampurkan ke dalam makanan dan ubat-ubatan bagi tujuan meningkatkan kualiti, menambahkan keenakan dan memantapkan kesegaran. Penggunaan aditif sebenarnya bermula sejak ratusan tahun lalu. Aditif yang bertindak sebagai pewarna telah digunakan untuk memberi warna kuning kepada mentega sejak kurun ke-14 lagi.

Contoh lain aditif ialah bahan-bahan campuran yang diberi nama huruf awal "E", seperti E101 (Riboflavin), E123 (Amaranth), E211 (Natrium Benzoate), E249 (Kalium Nitrit), E322 (Lesitin) dan sebagainya. Selain itu, makanan segera ini lazimnya banyak mengandungi perasa seperti monosodium glutamate (MSG). Pada asalnya, bahan ini diasingkan daripada sejenis rumpai laut. Sekarang MSG boleh diperoleh daripada kanji, gula, jagung, tebu atau lobak bit. 

Kesan sampingan yang sering dikaitkan dengan MSG adalah pelbagai. Tanda-tanda sindrom ini termasuk panas badan di bahagian tengkuk dan belakang tubuh, serta perasaan tertekan di bahagian dada dan muka. Walaupun demikian, kajian saintifik gagal membuktikan bahawa kesemua gangguan-gangguan ini disebabkan secara langsung oleh MSG. Sebaliknya kajian tersebut mendapati kesan sampingan buruk hanya dialami segelintir pengguna yang alah terhadap MSG. Justeru itu MSG tetap dianggap selamat dan sesuai digunakan sebagai aditif makanan.

Selain itu, makanan segera sangat terkenal dengan kandungan lemaknya yang berlebihan. Sebagai contoh, sebiji burger mengandungi sebanyak 35% atau mungkin lebih lemak. Manakala, kentang goreng dikatakan lebih baik dari segi khasiat daripada ban yang diperbuat daripada tepung putih halus tetapi ia direndam dalam lemak, biasanya lemak tepu yang menggalakkan penyakit jantung di antara 11 dan 16g lemak. Bagi keju yang dihiaskan di atas makanan, ia bermakna lebih banyak lemak. Malahan ia bukanlah keju sebenar tetapi cebisan-cebisan keju bercampur garam, gula, pengemuisi, asid laktik, pengawet, pewarna dan bahan penambah lain. Lemak dan garam yang berlebihan pula boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan penyakit-penyakit lain yang berkaitan dengannya.

Ramai yang tidak menyedari bahawa makanan segera hanya mengandungi sedikit kalori dan tiada zat. la mampu mengenyangkan perut dan memberi bahan bakar untuk digunakan oleh tubuh. Bagi kanak-kanak, pengambilan kalori kosong sebagai makanan snek boleh menyebabkan kurang selera terhadap makanan lain yang mempunyai khasiat yang banyak dan sangat diperlukan oleh badan. Kanak-kanak perlu dielakkan memakan makanan yang manis seperti kek, gula-gula dan air sirap, air berkarbonat kerana ia tidak mengandungi kalori. Makanan begini hanya mengisi ruang perut mereka sahaja dan ini menyebabkan mereka menolak makanan berkhasiat lain. 

Jadi para ibu bapa semua, sediakan nutrisi lengkap harian untuk si manja anda. Vitamin adalah salah satu cara untuk mempertahankan nutrisi si manja. Antara vitamin Shaklee yang terbaik untuk anak-anak adalah :
  • Mealshakes
  • Omega Guard
  • Chewable Vita-C



15 Kebaikan SET KANAK-KANAK yang ibubapa patut tahu adalah:

Kurangkan Ekzema
Untuk Tumbesaran
Untuk Perkembangan Minda
Untuk Tingkatkan Selera Makan anak
Untuk Anak yang dah berhenti susu ibu
Untuk Anak kekal aktif
Sebagai perlindungan jangkitan penyakit kepada anak- anak
Meningkatkan berat badan anak
Membantu anak fokus
Membantu kurangkan kekerapan asthma
Mengatasi masalah sembelit pada anak
Supplement yang sesuai untuk anak yang menghadapi masalah diabetes tahap 1
Membantu menurunkan berat badan anak yang obesiti
Ambil semasa sarapan meningkatkan kecergasan seawal pagi
Supplement yang sangat mudah disediakan, boleh dicampurkan ke dalam bijirin atau susu
 







Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan set ini,anda boleh klik E-sell di bawah. 

http://goo.gl/PHFx1G
 



*Segala testimoni, pernyataan, pengakuan dan produk yang dipaparkan dalam blog ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Hubungi saya untuk sebarang penempahan / pembelian atau maklumat lanjut:

"to provide a healthier life for everyone and a better life for anyone"

SHIMA MOHAMAD
SMS@WHATSAPP 017-9849856
FB:Puan Shima
FB PAGE: Syurga Kesihatan
SHAKLEE ID: 971886





















 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...