Assalamu'alaikum
Salam Sejahtera....
Entry kali ini Shima akan kongsikan mengenai punca jerawat dan cara untuk mengatasinya. Sebelum itu, anda tahu tak jenis kulit anda? Anda tahu tak jenis-jenis jerawat?
Jom sama-sama kita fahami dan kenali kulit kita dahulu kerana kulit merupakan organ yang banyak terdedah kepada persekitaran sekeliling setiap hari.
Kulit merupakan organ yang paling besar
yang mengandungi berat sekitar enam paun, kulit berfungsi melindungi
otot dan organ manusia.
Kulit juga memerlukan tiga vitamin, A, C
dan E untuk kekal sihat dan cantik. Pengambilan makanan seimbang serta
pemakanan tambahan elok boleh menjurus kepada mendapatkan kulit sihat.
Jika anda mempunyai masalah kulit mesti anda hendak tahu punca dan jenis jerawat serta cara untuk mengatasinya, betul tak ??
ANTARA JENIS-JENIS JERAWAT
1) Jerawat papula - merupakan sejenis jerawat radang kulit, berbentuk benjolan lembut kemerah-merahan.
2) Jerawat pustules - bintik merah yang meradang dan muncul sebagai bintik merah dengan pusat putih atau kuning yakni bernanah.
3) Blackheads - terjadi apabila sebahagian pori kulit tersumbat dengan sebum yakni minyak, bakteria dan sel kulit mati. Warna hitam itu bukan disebabkan oleh kotoran sebaliknya disebabkan oleh pigmen kulit-melanin bertindak balas dengan oksigen di udara.
4) Whiteheads - terbentuk ketika pori tersumbat sepenuhnya dan memerangkap sebum yakni minyak, bakteria dan sel-sel kulit mati, menyebabkan paparan putih di permukaan kulit anda.
5) Nodul (akne kronik) - terdiri daripada bentuk benjolan keras di bawah permukaan kulit di mana lebih besar dan sangat menyakitkan serta kadang-kadang tidak akan hilang untuk suatu tempoh yang lama. Jerawat jenis ini biasanya menyumbang kepada parut berlubang dan trauma teruk serta luka pada permukaan kulit.
ANTARA PUNCA BERLAKUNYA JERAWAT
1.Perubahan hormon
Apabila berlaku perubahan hormon seperti zaman baligh remaja, mengandung, datang haid ataupun menopause bagi wanita, jerawat akan timbul disebabkan hormone dalam badan, iaitu hormone androgen (testosterone) yang ada dalam badan lelaki dan wanita. Kebiasaannya seawal seminggu sebelum kedatangan period sehingga seminggu setelah habis period,jerawat akan mudah naik pada bila-bila masa. Ketidakstabilan hormone ini kadang-kala terkawal dan sekiranya tidak terkawal, masalah ini akan berlanjutan.Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 ‘an - 40 'an.Selain drpd itu,penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12 juga menyebabkan perubahan hormon berlaku.
2.Tekanan (Stress)
Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.Tekanan ada dua, sama ada emosi atau fizikal.
Tekanan fizikal:
1.Exercise atau bersukan tanpa rehat yang cukup
2.Tidur yang tidak mencukupi/tidur lewat/tidur tidak teratur
3. Jadual seharian yang sangat ketat
4. Merokok, pengambilan dadah
Tekanan emosi
1.Bimbang atau kerisauan yang berlebihan
2.Buli
3.Masalah hubungan rumah tangga atau kekasih
4.Kerja /study yang banyak
3.Pemakanan
Pemakanan yg tidak seimbang seperti kacang,makanan berperisa,seafood (udang,ketam,sotong,kerang),budu,
belacan,makanan berminyak/bergoreng,telur,daging,ayam goreng,makanan berlemak spt santan,dairy products spt susu lembu,coklat.
4.Toksin
Jika seseorang yang tidak pernah membuang toksin sejak lahir hingga umurnya mencecah 30 tahun, bermakna sudah macam-macam sisa toksin terkumpul dalam badannya.Jika sistem semula jadi tubuhnya tidak mampu untuk membuang toksin tersebut secara semula jadi, itulah yang akan menyebabkan kulit seseorang itu kusam, berjerawat dan banyak lagi keburukan lain
5.Faktor Genetic
Ada keturunan di mana kulit mukanya tidak bermasalah seperti golongan arab yang rata-rata bermuka putih licin, dan tidak berminyak manakala jerawat menghantui hidup golongan asia. Atas sebab itu ubat antijerawat sangat laku dijual di Asia dan tidak mendapat sambutan oleh masyarakat Arab.
6.Allergic atau alahan
Alergic atau alahan apabila menggunakan kosmetik,foundation,cream muka baru atau pencuci muka baru yg ada bahan-bahan chemical tertentu yg tidak sesuai dgn kulit..Cara pembersihan make up yang tidak betul juga menyebabkan liang roma tersumbat.Pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak juga memberi masalah jerawat di kulit.
7. Perubahan biologi badan
Ada segolongan individu kandungan minyak (sebum) di kulit berubah komposisi. Ada pulak golongan yang menghadapi perubahan pada sel kulit muka seperti hyperproliferation of KC (tak dapat ditafsirkan bagi golongan bukan dalam bidang perubatan)
8.Persekitaran & Pencemaran
Habuk atau udara yang tercemar seperti asap dan bahan kimia terutamanya di bandar-bandar besar,kilang-kilang boleh menyebabkan jerawat dihadapi oleh hampir semua penduduk kawasan tersebut.Bahan-bahan ini menutup liang roma dan menyebabkan inflammasi (radang) kemerah-merahan pada kulit.
9.Jangkitan pada kulit & Resdung
Kuman (bacteria) jenis propionobacterium acnes boleh membiak di kelenjar sebum di kulit anda dan menyebabkan jerawat. Atas sebab itu jerawat dinasihatkan tidak dipicit kerana apabila dipicit, kuman di dalam kulit tersebar ke kawasan sekitar dan menyebabkan jerawat di permukaan yang lebih luas.
10.Faktor Cuaca
Perubahan cuaca serta cuaca panas juga adalah faktor jerawat keluar.

KEDUDUKAN JERAWAT
DAHI
Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan, mungkin terlampau letih. Stress kumpulan ini biasanya panas baran. Nasihat-Pupuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup dan minum air banyak.
HIDUNG
Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi.
DAGU
Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.
PIPI KIRI
Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.
PIPI KANAN
Fungsi paru-paru mungkin tidak normal
PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN)
Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.
ANTARA CARA MENGATASI JERAWAT
1) Makan lebih banyak lobak merah.
Vitamin A menguatkan tisu pelindung kulit dan benar mencegah jerawat. Ia
membantu mengurangkan pengeluaran sebum, juga.
2) Lakukan Senaman atau aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh. Dengan keluarnya peluh kulit akan menyahkan toxin melalui peluh yang di keluarkan.
3) Membersihkan muka dengan pencuci muka
yang sesuai dengan kulit muka anda. Sebagai contoh anda mencari pencuci
muka yang boleh membantu membersihkan minyak di muka dan mengurangkan
jerawat.
4) Mengambil produk kecantikan untuk
luaran yang terbukti berkesan. Sebagai contoh rakan kami ada menggunakan
bedak tanaka untuk menghaluskan wajah dan kecutkan jerawat di kulit
wajah.
5) Anda juga boleh ambil minuman
tambahan untuk kesihatan kulit wajah yang sesuai dan mestilah mendapat
pengesahan oleh Kementerian Kesihatan. Sebagai contoh minum produk
kolagen yang membantu pelbagai kebaikan kulit.
BAGAIMANA PRODUK SHAKLEE MEMBANTU ANDA?

*Segala testimoni, pernyataan, pengakuan dan produk
yang dipaparkan dalam blog ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,
menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Hubungi
saya untuk sebarang penempahan / pembelian atau maklumat lanjut:
SHIMA MOHAMAD
SMS@WHATSAPP 017-9849856
FB:Puan Shima
FB PAGE: Syurga Kesihatan
SHAKLEE ID: 971886

No comments:
Post a Comment