Tuesday, 13 May 2014

MIGRAIN...bagaimana SHAKLEE membantu anda

Assalamu'alaikum...salam sejahtera

Akhir-akhir ni,ramai yang mengadu sakit kepala atau lebih pada bersifat migrain. Tahukah kita apa yang di maksudkan dengan migrain sebenarnya?




Apa itu Migrain?
Migrain adalah sakit kepala yang menyakitkan, berdenyut-denyut, dan berlangsung antara 4-72 jam sehingga seseorang itu tidak mampu melakukan sebarang aktiviti hariannya. Namun begitu, menurut kajian migrain tidak mendatangkan kesan jangka panjang yang serius.



Apa penyebab Migrain?
Menurut kajian, migrain boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Pada asasnya, apabila berlaku migrain salur darah akan mengembang dan menguncup menyebabkan kita merasa sakit yang berdenyut-denyut. Migrain boleh disebabkan oleh faktor keturunan. Jika si ibu mengalami migrain semasa muda, anaknya juga boleh mengalami migrain. 

 Tanda-tanda migrain

  • rasa ngeri seperti ditusuk dengan jarum sebelah kepala dan merebak ke bahagian hidung dan sekitar mata.
  • kesakitan teramat sangat dan berdenyut-denyut.
  • pandangan silau, kabur dan kadang-kadang menjadi gelap.
  • tekak berasa loya,muntah, dan kadang kala tangan dan kaki menjadi sejuk.
  • pesakit akan menjadi sensitif pada bunyi dan suara.
  • serangan biasanya akan berakhir dalam tempoh 4-72 jam.
  • sesetengah pesakit akan mengalami pemgumpulan cecair di dalam badan seperti bengka-bengkak dan membesar di bahagian tertentu  anggota badan.

Cara mengelak atau hindari migrain
  • makan makanan yang mengandungi thyramine seperti keju.
  • makanan yang mengandungi monosodium glutamate(MSG).
  • elak bau yang busuk, bising dan asa rokok.
  • minuman yang mengandungi kafein yang berlebihan.
  • stress dan tekanan.
  • jadual tido yang tidak tetap.
  • menundakan waktu makan dan biarkan perut kosong terlalu lama.
Cara rawat migrain
  • ikut sunnah,ikat kepala dengan kain atau serban, berbekam atau berinai di kepala
  • pengambilan ubat-ubatan atau supplement
Set Shaklee atasi masalah migrain


B Complex 

Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migraine, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, stroke dan sebagainya.
Bagi penderita migraine, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migraine. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda perlulah menjaga pemakanan anda. Begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti harian dan sebagainya. Serta, pertimbangkanlah tentang mengambil vitamin/supplement sebagai pembantu untuk menyelesaikan masalah anda, kerana ia pasti lebih baik dari makan ubat berasaskan dadah secara berterusan.

Ostematrix
Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migraine. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.
Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.



Kesimpulannya, sakit migrain akan menjejaskan kehidupan seharian kita dan ia mampu membawa kesan yang amat besar kepada kita seperti pelajaran, kerjaya dan lain-lain. Jika tidak diubati apabila dikesan, ia akan menjadi teruk dan susah diubati pada masa yang akan datang. Jadi, tindakan sewajar perlu diambil sebelum sakit migrain menjadi lebih teruk dan merbahaya. 



*Segala testimoni, pernyataan, pengakuan dan produk yang dipaparkan dalam blog ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



Hubungi saya untuk sebarang penempahan / pembelian atau maklumat lanjut:

"to provide a healthier life for everyone and a better life for anyone"

SHIMA MOHAMAD
SMS@WHATSAPP 017-9849856
FB:Puan Shima
FB PAGE: Syurga Kesihatan
SHAKLEE ID: 971886

****FREE CONSULTATION YER****


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...