Wednesday, 7 May 2014

Kenapa Vitamin Yang Anda Ambil Tidak Berkesan

Assalamu'alaikum ...salam sejahtera

Alhamdulillah kita masih bersama hari ni...masih dapat berkongsi tentang Shaklee.

Anda pernah dengar tak..."Menyesal la aku beli produk A,dah la mahal,takda kesan lak tu"..."Aku dah makan macam-macam supplement,semua sama jer"....mesti anda biasa dengar segelintir rakan-rakan anda bercakap begitu bila anda berbincang tentang supplement,kan....

TAPI, pernahkah anda sedar bahawa tabiat anda semasa pengambilan supplement vitamin ini boleh mempengaruhi ketidakberkesanan terhadap vitamin yang anda ambil???

1) PENGAMBILAN VITAMIN TANPA ILMU


Vitamin adalah penting untuk tubuh badan kita,namun jika anda mengambilnya tanpa sebarang ilmu,sebagai contoh anda mengambilnya secara serentak sedangkan ia tak boleh, ia adalah sangat merugikan anda. 

Tahukah anda:

  • Vita-Lea tidak boleh diambil serentak dengan air susu. Ini boleh menyebabkan gangguan penyerapan zat besi yang terkandung di dalam Vita-Lea.
  • Vitamin E tidak boleh diambil serentak dengan Alfalfa Complex, kerana alfalfa boleh menyebabkan gangguan penyerapan vitamin E.
  • Alfalfa dan Vitamin E tidak disarankan untuk ibu mengandung, kerana ia boleh mengakibatkan risiko keguguran di awal kehamilan.
  • Vitamin E dan GLA Complex tidak boleh diambil serentak kerana ia boleh mengganggu penyerapan nutrisi antara kedua-duanya.
Saranan – Adalah penting semasa anda membuat keputusan untuk membeli vitamin dan memastikan beberapa perkara berikut diambil kira,
  • Vitamin HALAL
  • Vitamin SEMULAJADI
  • Vitamin mempunyai Sijil KKM yang sah atau logo hologram dari KKM pada botol yang anda beli
  • Vitamin SELAMAT

2) TAK SUKA MINUM AIR PUTIH


Anda tidak suka mengamalkan minum air putih sekurang-kurangnya 3 Liter sehari. Tabiat ini adalah kerana, anda lebih sukakan minuman yang berwarna dan berperisa.
Tahukah anda ? - Air manis boleh meningkatkan kepekatan darah dan ia boleh menyebabkan kegemukan
Saranan - Pengambilan air putih yang mencukupi setiap hari bagi membantu penyerapan vitamin dengan lebih baik. Minum air putih yang di masak, sekurang-kurangnya 3L sehari.

3) PENGAMBILAN KAFEIN DALAM DIET HARIAN


Bagi yang sangat mengemari minuman berkafein dalam diet harian sebagai pemberi tenaga semasa bertugas, adalah sangat sukar untuk berhenti dari mengambilnya. Malahan, ada yang mengambilnya dengan kuantiti yang banyak bagi mengelakkan rasa mengantuk semasa bertugas waktu malam.
Tahukah anda? - Pengambilan minuman berkafein boleh mengganggu penyerapan nutrisi vitamin yang anda ambil. Bila anda mengambilnya dengan kuantiti yang tinggi secara berterusan, ia boleh menyebabkan berlakunya pembaziran pada khasiat vitamin yang di ambil. Malahan, kesan yang anda impikan, tidak akan dapat diperolehi, di sebabkan minuman berkafein ini. Malahan, pengambilan vitamin dengan minuman berkafein dan bukannya air putih, boleh menyebabkan kerosakan vitamin yang anda ambil.
Saranan – Jika anda gemar mengambil kopi atau teh 3 cawan sehari, kurangkan secawan sehari. Jadikan ia sebagai amalan, sehingga anda boleh berhenti mengambilnya dan melupakan minuman kegemaran anda ini. Pengambilan Vitamin tanpa minuman kegemaran anda ini, akan membuatkan anda lebih bertenaga dan ceria sepanjang hari.

4) MAKAN VITAMIN BANYAK SECARA SEKALIGUS DALAM SATU MASA


Jika anda seorang yang gemar mengambil vitamin dengan kuantiti yang banyak sekaligus, hanya disebabkan anda risau anda akan terlupa untuk mengambilnya pada masa lain, sebaik-baiknya anda berhentikan tabiat sebegini. Kebanyakkan orang, sangat suka mengambil dengan kuantiti yang banyak sebelum tidur.
Tahukah anda? – Pengambilan vitamin dengan banyak sekaligus boleh meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa tertentu, lebih-lebih lagi pengambilan sebelum tidur. Sedangkan pada masa ini, anda kurang mengambil air bagi membantu penyerapan khasiat vitamin yang telah anda ambil.
Saranan – Sebaik-baiknya, bila anda membeli vitamin, anda dapatkan jadual pengambilan vitamin yang sesuai untuk anda melalui Perunding Kesihatan Vitamin anda atau farmasi tempat anda membeli vitamin tersebut. Bincangkan waktu yang boleh dan sesuai untuk anda. Ini adalah untuk mengelakkan daripada buah pinggang anda terbeban kerana tabiat anda mengambil vitamin yang banyak sekaligus pada masa yang tertentu sahaja.

5) MAKAN VITAMIN SUPPLEMENT BERSAMA UBAT


Sekiranya anda sedang berada dalam pemantauan doktor, dan anda telah bercadang untuk mengambil vitamin pada masa yang sama, elakkan daripada mengambil kedua-duanya secara serentak.
Tahukah anda? – Pengambilan ubat dan vitamin secara serentak, boleh menimbulkan kecelaruan dalam tubuh anda dan ia boleh menyebabkan gangguan pada penyerapan yang baik untuk kedua-duanya.
Saranan - Cuba sediakan jadual pengambilan ubat dan vitamin yang anda ambil bagi mengelakkan pengambilan serentak berlaku. Jika anda mengambil ubat yang doktor sebelah pagi, anda boleh mengambil vitamin pada sebelah malam. Namun, jika anda perlu mengambil kedua-duanya secara berturutan, jadi, anda boleh amalkan vitamin selepas 2-3 jam selepas anda mengambil ubat yang disarankan oleh doktor anda.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”
Saya adalah pengedar sah Shaklee. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya.

"to provide a healthier life for everyone and a better life for anyone"

SHIMA MOHAMAD
SMS@WHATSAPP 017-9849856
FB:Puan Shima
FB PAGE: Syurga Kesihatan
SHAKLEE ID: 971886

****FREE CONSULTATION YER****

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...