Endometriosis adalah satu lagi penyakit kaum wanita...
Endometriosis berlaku apabila tisu di dalam rahim wujud atau tumbuh di bahagian lain dalam badan seperti di telur (ovary), pundi kencing, usus, rektum dan lain-lain ...
Semasa proses kitaran haid pada setiap bulan, tisu dalam rahim akan membesar dan menjadi tebal, seterusnya telur akan merembeskan hormon yang akan menghakis tisu tersebut dan ianya akan keluar sebagai darah haid.. bagi tisu yang wujud di luar rahim (endometriosis), ini tidak berlaku..kemungkinan tisu ini akan berdarah sedikit tetapi tidak dapat keluar dari bahagian badan dan menyebabkan penggumpalan darah di kawasan itu.....huaaaa...menakutkan bunyinya kan...tisu rahim yg membengkak atau berdarah tadi adalah punca kesakitan yang di alami oleh mereka yang menghidapi penyakit ini..!
Punca sebenar endometriosis tidak diketahui...namun ada teori yang mengatakan ianya berlaku disebabkan tisu di dalam rahim yg sepatutnya keluar melalui faraj semasa haid, bergerak ke arah belakang dan pergi ke bahagian peranakan wanita yang lain seperti telur atau ke pelvik....risiko mendapat endometriosis bertambah apabila seseorang itu:
- datang haid dalam usia yang sangat muda
- mempunyai kitaran haid yang panjang melebihi 7 hari
- tidak pernah melahirkan anak
- mempunyai ahli keluarga yang menghidapi endometriosis
Antara gejala-gejala endometriosis adalah seperti:
- sangat sakit di bahagian bawah perut sebelum dan semasa datang haid
- haid yang tidak teratur atau darah haid yg banyak
- sakit semasa atau selepas hubungan kelamin
- sakit di bahagian belakang pinggang
- sembelit atau cirit birit
Untuk mengenal pasti penyakit ini..doktor akan melakukan scan melalui
ultrasound di bahagian pelvik.. untuk lebih mendapat kepastian, laparoskopi di
bahagian pelvik akan dilakukan....
Rawatan penyakit ini bergantung kepada:
- umur pesakit
- tahap serius gejala yg anda alami
- tahap serius penyakit anda
- samada anda mahu mengandung atau tidak ( salah satu komplikasi penyakit ini adalah susah utk mengandung atau kemandulan, jadi jika anda inginkan anak, anda perlu melakukan pembedahan untuk merawat dan membuang penyakit ini)
Ok.....andai kata....
Gejala yang anda alami tidak serius dan anda tidak berniat untuk mendapatkan anak...
Gejala yang anda alami tidak serius dan anda tidak berniat untuk mendapatkan anak...
- rawatan adalah berjumpa doktor setiap 6 atau 12 bulan untuk doktor memastikan penyakit tersebut tidak melarat ke tahap yang serius.. sakit yang dialami boleh dikurangkan dgn mengambil ubat tahan sakit manakala untuk memastikan penyakit tersebut tidak melarat, doktor akan menyarankan anda supaya mengambil pil cegah hamil berterusan selama 6-9 bulan....pil ni dpt membantu untuk membantutkan proses pembesaran tisu di luar rahim tersebut...ia juga dapat mengurangkan kesakitan akibat ketiadaan haid...salah satu contoh pil yg dimaksudkan ialah progesterone pil dan ia juga boleh didapati dalam bentuk suntikan..kesan sampingan pada ubat ini ialah berat badan bertambah dan juga depression.
Apakah komplikasi penyakit ini?
- 30-40% drpd wanita yg menghidapi penyakit ini mungkin akan mandul, namun stlh pembedahan dilakukan, peluang utk hamil kembali normal
- peratusan mengandung di luar rahim dan keguguran adalah agak tinggi di kalangan wanita yg menghidapi penyakit ini.
- sekiranya tisu rahim tersebut tumbuh di bhg usus atau pundi kencing, ianya blh menyebabkan masalah kesukaran membuang air, tp ini jrg berlaku
- kesakitan yg dialami setiap bulan ketika kedatangan haid juga akan menghadkan aktiviti seharian anda
- tisu di bhg luar rahim yg membengkak boleh menyebabkan pendarahan
- tisu di luar rahim tersebut juga boleh berubah menjadi kanser terutama bg mereka yg tlh mencapai tahap menopaus, namun ianya juga jarang berlaku
Salah seorang pesakit Endo yang menggunakan supplement Shaklee....
*Segala testimoni, pernyataan, pengakuan dan produk
yang dipaparkan dalam blog ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,
menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Hubungi
saya untuk sebarang penempahan / pembelian atau maklumat lanjut:
"to provide a healthier life
for everyone and a better life for anyone"
SHIMA MOHAMAD
SMS@WHATSAPP 017-9849856
FB:Puan Shima
FB PAGE: Syurga Kesihatan
SHAKLEE ID: 971886
****FREE CONSULTATION YER****
SHIMA MOHAMAD
SMS@WHATSAPP 017-9849856
FB:Puan Shima
FB PAGE: Syurga Kesihatan
SHAKLEE ID: 971886
****FREE CONSULTATION YER****


No comments:
Post a Comment