Saturday, 7 June 2014

DTX COMPLEX...Tonik HATI dari SHAKLEE

Assalamu'alaikum...salam sejahtera


Hati merupakan organ homeostasis yang memainkan peranan penting dalam proses metabolisme dalam manusia dan haiwan. Hati mempunyai pelbagai fungsi termasuk menyimpan glikogen, mensistesis protein plasma, dan menyahtoksik dadah. Ia menghasilkan hempedu yang penting bagi penghadaman. Ia melaksana dan mengawal pelbagai fungsi biokimia jumlah besar yang memerlukan tisu khas. 

Hati berwarna perang kemerahan dan terletak di bawah diafragma iaitu di dalam rongga abdomen. Hati menerima makanan terlarut dalam darah apabila makanan ini tercerna dan di serap di usus.



Fungsi hati adalah: 
  • mengawal aras glukosa darah dengan menyimpan glikogen di dalam hati
  • menyimpan vitamin dan garam mineral tertentu
  • mengawalatur metabolisme karbohidrat,lipid, dan asid amino
  • menghasilkan hempedu yang akan disimpan di dalam pundi hempedu
  • menghasilkan protein-protein plasma tertentu seperti albumin
  • menyahtoksinkan bahan-bahan beracun terutama dadah dan bahan-bahan bernitrogen seperti ammonia
  • sebagai tempat penghasilan sel-sel darah merah fetus
  • menguraikan molekul hemoglobin tua
  • menyingkirkan hormon-hormon berlebihan

Pakar Gastroenterologi dari sebuah pusat perubatan swasta di Petaling Jaya, Selangor, Dr. Loong Yik Yee, berkata :

"Amalan gaya hidup kurang sihat boleh menjejaskan fungsi hati yang menyebabkan kerosakan ketara kepada badan kita."

"Penyakit hati ialah istilah luas yang meliputi semua masalah yang mungkin menyebabkan hati gagal melaksanakan fungsi yang sepatutnya dilakukan."
 
"Salah satu daripada masalah tersebut ialah sirosis dan kegagalan hati. Sirosis ialah istilah yang menggambarkan parut kekal pada hati di mana sel hati normal digantikan oleh tisu parut yang tidak dapat melakukan sebarang fungsi hati. 

''Diagnosis masalah hati sukar dilakukan kerana gejalanya tidak begitu khusus, antara lain termasuk loya, kelesuan, kelemahan atau kehilangan berat," katanya.
 

Shaklee DTX Complex menyediakan sokongan pemakanan untuk fungsi hati yang sihat dengan satu formula unik herba-herba dengan antioksidan dan aliran hempedu yang diperkaya.

Gabungan unik bahan botani dalam DTX Complex™ SHAKLEE menyokong kesihatan dan fungsi hati dengan dua cara:

  1. Ekstrak biji benih Milk Thistle, biji benih Schizandra Chinensis dan cendawan Reishi mempunyai ciri-ciri antioksida, menawarkan perlindungan untuk sel-sel hati dan dipercayai dapat meransang sintesis protein bagi pemulihan dan pembentukan semula sel-sel hati
  2. Pati Dandelion, Kunyit dan Artichoke membantu mengekalkan aliran hempedu normal, menyokong satu daripada organ (hempedu) yang diperlukan untuk mengeluarkan sebatian-sebatian toksik daripada tubuh.

DTX Complex™ SHAKLEE mengandungi ekstrak semulajadi bahan di bawah:

  • Biji ‘milk thistle’
    • Digunakan di Eropah sejak 2000 tahun lagi
    • Merupakan bahan utama dalam DTX
    • Mengandungi ‘Silymarin’ yang berfungsi sebagai antioksida
  • Biji schizandra chinensis
    • Menghalang Toksin berada dalam badan
    • Menggalakkan protein sintesis yang mana ia menggalakkan pertumbuhan sel – sel baru
    • Mengandungi Antioksida
  • Cendawan Reishi
    • digunakan secara tradisional sejak 4000 tahun dahulu di China sebagai sumber antioksida
  • Dandelion
    • Kaya dengan Vitamin A, B, C, D dan zat besi
    • Mengandungi ‘Cynarin’ yang melancarkan pengaliran hempedu
  • Kunyit
    • Mengandungi ‘Curcumin’ yang berfungsi untuk mencegah barah hati & kesihatan pundi hempedu
  • Ekstrak artichoke
    • Mengandungi ‘Cynarin’yang melancarkan pengaliran hempedu sekaligus  membantu mengekalkan aliran hempedu yang normal
Beberapa pakar perubatan mengatakan, kerosakan hati dapat dilihat dengan menggunakan CT scan. Namun, gangguan organ hati dapat dilihat dari bentuk fizikal seseorang.
 
Berikut adalah bahagian tubuh yang menunjukkan ada masalah hati, 

Lingkaran gelap pada pada
Beberapa peneliti mengungkapkan, lingkaran gelap pada atas dan bawah mata berkaitan dengan kerusakan organ hati. Memang pada dasarnya banyak yang beranggapan bahwa lingkaran hitam di daerah mata hanya bentuk kelelahan tubuh. Tetapi hitamnya lingkaran mata adalah suatu tanda bahwa seseorang terserang penyakit hati.

Mata berwarna kuning
Mata yang berwarna putih jika Anda penderita penyakit hati akan berubah menjadi kuning. Ini merupakan tanda agar Anda harus segera memeriksakan diri ke dokter.

Perut menjadi buncit
Perut yang membesar tetapi tidak mengonsumsi banyak makanan merupakan tanda dari gangguan organ hati. Pasalnya, perut yang membengkak akibat adanya infeksi dan kerusakan di hati.

Bau mulut yang menyengat
Bau mulut seperti ikan busuk atau bawang busuk juga dinilai salah satu gangguan dari fungsi hati. Hal ini terkait adanya kelebihan ammonia yang diproduksi dalam tubuh.

Selain mengamalkan vitamin DTX Complex ini, gaya hidup seseorang perlu diubah. Pengarah Unit Perniagaan Penjagaan Kesihatan Pengguna Sanofi, James Wong, berkata membran sel hati boleh terjejas disebabkan gaya hidup kurang sihat seperti pengambilan makanan berminyak, minum arak, merokok, pengambilan terlalu banyak ubat atau jangkitan daripada virus tertentu. 

''Apabila membran sel hati dibaiki dan digantikan secara beransur-ansur, hati sembuh secara perlahan-lahan, seterusnya memulihkan kesihatan," jelasnya. 

"Pendekatan menyeluruh perlu digunakan untuk mencegah penyakit hati. Selain daripada mengambil ubat, individu perlu mengubah gaya hidup dengan mengamalkan diet yang sihat dan bersenam. 

''Amalan gaya hidup yang sihat meningkatkan kesihatan hati sambil menggalakkan kesejahteraan umum," tambahnya.






*Segala testimoni, pernyataan, pengakuan dan produk yang dipaparkan dalam blog ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Hubungi saya untuk sebarang penempahan / pembelian atau maklumat lanjut:

"to provide a healthier life for everyone and a better life for anyone"

SHIMA MOHAMAD
SMS@WHATSAPP 017-9849856
FB:Puan Shima
FB PAGE: Syurga Kesihatan
SHAKLEE ID: 971886

****FREE CONSULTATION YER****

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...